Pages

Sunday, 29 September 2013


KEPAK AYAM MADU PANGGANG
Oleh:FaIzshah Jamil
cc : www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN2NYA :
10 ketul kepak ayam
3-4 sudu makan serbuk cili
1-2 sudu makan gula merah ( nak guna pun boleh x nak pun boleh )
5 -6 sudu madu jgn lupa
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam (Ikut suka )
garam secukup rasa
beberapa sudu air
sedikit minyak masak/Minyak Bijan kasi wangi

CARA2 :
1. Basuh dan toskan kepak ayam.
2. Campurkan semua bahan2 kering. Bancuh dengan beberapa sudu air hingga menjadi pes yang pekat. Kebanyakan bahan ni sukatannya saya main agak2 je. So sesuaikan la secukup rasa ye.
3. Masukkan kepak ayam yang telah ditos. Gaul rata dan biarkan ia diperap seketika.
4. Panaskan ketuhar. Sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar dan titiskan sedikit minyak di atas ayam sebelum dipanggang.
5. Panggang selama 15 minit. Terbalikkan kepak ayam selepas 10 minit supaya ia masak dengan rata.
6. Kepak ayam madu panggang siap untuk dihidang.

Thursday, 1 August 2013

Gangguan Pada Bayi


Gangguan Pada Bayi: Pernah tak anak anda menangis di waktu senja atau tengah malam?
Faktor Bayi Menangis:

1.Masalah kesihatan(perut kembung)
2.Lapar\Haus(nak susu)
3.Gangguan Makhluk halus(jin)
Tanda-tanda bayi anda menangis bukan kerana faktor kesihatan atau lapar tapi kerana gangguan seperti berikut:
1.Matanya melilau melihat sekeliling
2.Menangis yang tiada air mata
3.Menangis seolah seperti dicubit(nada tangisan semakin tinggi)
4.Riyak wajah bayi seperti dalam ketakutan
5.Tidur di selang seli dengan tangisan
6.Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari(contoh bayi anda bila masuk sahaja waktu magrib mesti menagis sebelum itu dan diwaktu tengah malam tak menangis,dan ini berlaku setiap hari atau bayi anda tidur lena tapi bila sampai waktu tengah malam dia mesti terjaga dan menangis)
7.Waktu senja pintu atau tingkap rumah tak tutup dan ahli keluarga masuk rumah
Apa yang patut anda lakukan? anda keluar
1.Bertenang dan bersabar..Jangan panik dan jangan marah-marah
2.Baca ayatul Qursi 3x dan tiup dari ubun-ubun bayi sampai kakinya
3.Baca ayat 9 dari surah yasin 1x:
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون
“Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat”
-QS. Yasin (36):9-
Berhenti pada kalimah sadda(سَدًّ)dan doa dalam hati agar bayi anda terhijab dari melihat jin\syaitan dan bayi anda didinding dengan pendinding yang kukuh supaya tidak boleh disentuh oleh jin..Kemudian sambung baca dan berhenti sekali lagi pada kalimah sadda(سَدًّ)dan doa lagi dalam hati seperti tadi,kemudian habiskan bacaan dan tiup pada ubun-ubun bayi..
PERINGATAN:
-Jadikan ayat2 di atas sebagai amalan harian(bila dah berlaku baru nk baca biasanya tak jadi)
-JANGAN SESEKALI BERJUMPA BOMOH(bila jumpa bomoh biasanya bomoh akan bagi benang hitam dipakaikan ditangan bayi)
Benang hitam itu termasuk tangkal yang diharamkan dalam islam kerana SYIRIK..


Susu


Ummi Irsyad attach gambar-gambar ini supaya menjadi kenang-kenangan untuk anak soleh Irsyad.


 Susu Irsyad baru lahir

Susu Irsyad enam bulan sehingga sekarang

Susu Irsyad yang ketiga

Susu Irsyad yang keempat

Susu Irsyad yang kedua

Monday, 22 July 2013

Konvokesyen Pascasiswazah Pengajian Islam
















MPW1113/MPW2113 Bahasa Kebangsaan A

Contoh Tugasan OUM
------------------------------------------------------------------------

PENDAHULUAN

Bahasa Melayu adalah bahasa negara diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia. Ianya berfungsi sebagai bahasa rasmi dalam negara kita, maka statusnya menjadi amat penting sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan kebangsaan. Fungsi bahasa Melayu dalam sistem pendidikan telah dirumuskan oleh Akta Pendidikan 1961, lanjutan penegasan perundangan terhadap Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Lebih tiga dekad telah berlalu, sejak 1971 dan pelbagai kajian telah dibuat terhadap kesan sistem pendidikan tersebut.


Bahasa Melayu telah berjaya diangkat dan bertindak sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu digunakan di peringkat sekolah rendah, menengah dan sebahagian besar daripada pengajian di peringkat tinggi. Di Malaysia mulai tahun 1983 semua institusi pengajian tinggi awam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sesudah 13 tahun Dasar Bahasa Kebangsan ditegaskan semula dalam Sistem Pendidikan Kebangsan.


Semenjak dari zaman silam, bahasa Melayu telah pun dipilih sebagai bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu telah memainkan peranan sebagai bahasa lingua franca di Nusantara. Ia bermaksud bahawa bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantara untuk pertuturan pada zaman tersebut.


            Bahasa sebagai saluran komunikasi merupakan penghubung kepada manusia. Manusia menterjemahkan bahasa dalam berkomunikasi adalah melalui bahasa tulisan dan lisan. Sama ada melalui lisan mahupun tulisan seharusnya seseorang itu hendaklah mengikut penggunaan bahasa dengan cara yang betul dengan sistemnya dan gramatis. Apa yang lebih penting juga adalah pengguna bahasa haruslah mahir memilih dan menggunakan ayat yang pelbagai jenis secara gramatis dalam setiap penggunaan mereka khususnya dalam penulisan ilmiah atau akademik. Justeru kandungan berikutnya ini akan memperkenalkan beberapa penggunaan bahasa secara sistematik.
A)    KONSEP DAN DEFINISI AYAT BAHASA MELAYU

Setiap tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza tentang makna ayat.Antara mereka yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat ialah Pendeta Za’ba memakai melalui bukunya Pelita Bahasa Melayu,Penggal 1 dalam permulaan nahu Melayu.Menurut Za’ba :
ayat susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu....Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya”
  ( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah, 2006 hlm.148 )[1]
    Melalui maksud ayat yang diberi oleh Za’ba maka boleh dibuat kesimpulan bahawa ayat ini  bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud.


Mengikut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd melalui buku mereka, ayat boleh didefinisikan sebagai :
“ Apabila kita bercakap,kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun menjadi ayat...Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja...Tiap-tiap ayat mesti terdiri daripada dua bahagian 1: benda atau subjek,bahagian 2: cerita atau predikat.”
(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 149 )[2]
Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd itu, dapat disimpulkan bahawa ayat tidak semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, ayat mestilah terdiri dari dua kompenen iaitu subjek dan predikat.

            Disamping itu, ayat juga bermaksud suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Pemeringkatan pola-pola ayat bermula daripada ayat inti. Pemeringkatan ini beralih kepada pola-pola ayat transformasi satu dasar seperti ayat nafi, ayat Tanya, ayat songsang, ayat pasif, ayat perintah, ayat seruan, ayat penegas dan seterusnya. Pemeringkatan ini beralih pula daripada ayat transformasi satu dasar kepada pola ayat dua dasar atau lebih seperti ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.[3]


Dalam sebuah buku lain pula mendefinisikan makna ayat sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Ayat lazimnya terdiri daripada sekumpulan perkataan yang membawa makna.[4]


Ayat juga mengandungi dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Unsur subjek sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada perkataan nama, ganti nama, kata kerja dan kata sifat. Subjek adalah mengenai sesuatu hal manakala predikatnya pula adalah perihal atau cerita mengenai subjek. Binaan ayat boleh terdiri daripada ayat selapis, ayat berlapis dan ayat berkait. Jenis-jenis ayat pula terdiri daripada ayat penyata, ayat Tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Bentuk ayat juga dapat dilihat sama ada berbentuk ayat aktif dan ayat pasif.[5]





B)    BINAAN POLA-POLA AYAT BAHASA MELAYU

Pola ayat dasar merupakan sumber kepada pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat inti. Terdapat empat pola ayat dasar berdasarkan unsur-unsur binaan ayat :
1. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)
2. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA)
4. Frasa Nama + Frasa Sendi (FN+FS)

Frasa 
Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa menjadi subjek atau predikat dalam binaan ayat serta menjadi konstituen atau binaan kepada klausa. Frasa terbahagi kepada empat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Dalam setiap frasa ada perkataan yang yang dikenali sebagai inti frasa, iaitu perkataan yang paling penting dalam frasa.

 Contoh (berdasarkan Pola FN+FN) :
Kakak saya seorang pramugari = Kakak, pramugari
Di sini ‘kakak’ dan ‘pramugari’ adalah inti frasa kepada kedua-dua pola tersebut.

Jenis perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama ada ia menjadi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.

1) Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)

Ayat yang mempunyai pola FN+FN ialah ayat yang subjeknya frasa nama dan predikatnya pun frasa nama. Contohnya :

Subjek (FN)
Prediket (FN)
  1. Ini
  2. Itu
  3. Orang itu
  4. Bapa
Kerusi
Kambing
guru
nelayan

Daripada contoh-contoh di atas ini, itu, orang itu, bapa dan Siti bertugas sebagai subjek (FN) manakala kerusi, kambing, guru, nelayan dan adik Leila bertugas sebagai predikat (FN).  Ayat 1 hingga 4 merupakan frasa nama yang terdiri daripada subjek dan predikat.

Frasa nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua jenis hubungan antara perkatan-perkataan ini :
a) inti & penerang
Contoh : Bapa seorang nelayan
Bapa adalah inti ; seorang nelayan adalah penerang
b) inti & inti.
Contoh : Ibu bapa perlu mendidik anak
Ibu adalah inti ; bapa adalah inti.

Dalam binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat pentng untuk menentukan sama ada frasa nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan Hukum D-M, penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah sesuai dalam frasa nama.

Hukum D-M ialah Hukum Diterang (D) dan Hukum Menerang (M). Dalam frasa nama, unsur inti yang berada pada kedudukan pertama adalah unsur diterangkan, dan pada kedudukan kedua merupakan unsur menerangkan.
Contoh : Guru bahasa ; Guru adalah inti / (D)
bahasa adalah penerang /(M)


2) Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)


Ayat inti yang mempunyai pola FN+FK ialah ayat yang predikatnya frasa kerja. Contohnya
Subjek (FN)
Prediket (FK)
  1. Adik
  2. Mereka
  3. Rumah kami
  4. Kucing itu
tidur
bernyanyi
berdekatan
mengiau

Daripada contoh-contoh di atas adik, mereka, rumah kami dan kucing itu bertugas sebagai subjek (FN) manakala tidur, bernyanyi, berdekatan, mengiau adalah kata kerja yang bertugas sebagai predikat (FK).  Ayat 1 hingga 4 merupakan frasa nama yang terdiri daripada subjek (FN) dan predikat (FK). Kata-kata seperti di atas sebagai predikat dalam ayat 1 hingga 4 itu ialah kata kerja tak transitif.

Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja tak transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa kerja terbahagi kepada dua :
a) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek dan tidak memerlukan kata nama sebagai penyambung untuk melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja tak transitif.
Contoh : Adik tidur (FN+FK)

b) Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk melengkapkan frasa ini. Kata kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama. Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang.
Contoh : Saya menangkap burung gagak di hutan. (FN+FK) ; di sini :
burung gagak adalah objek
di hutan adalah penerang


3) Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA)

Ayat yang mempunyai pola FN+FA ialah ayat yang subjeknya frasa nama dan predikatnya pula frasa adjektif. Contohnya :
Subjek (FN)
Prediket (FA)
  1. Agar-agar ini
  2. Bangunan itu
  3. Anjing ini
  4. Rumah saya
manis
tinggi
garang
dekat

Daripada contoh-contoh di atas kata agar-agar ini, bangunan itu, anjing ini dan rumah saya bertugas sebagai subjek (FN) manakala manis, tinggi, garang, dekat adalah kata adjektif  yang bertugas sebagai predikat (FA).  Ayat 1 hingga 4 merupakan frasa nama yang terdiri daripada subjek (FN) dan predikat (FA).

Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama.

Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja adalah seperti manis, tinggi, dan garang. Frasa adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua golongan :

a) Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur:
- keserasian makna. Contoh : cantik molek, penat lelah
- makna berlawanan. Contoh : baik buruk, kecil besar
- keindahan bunyi ritma. Contoh : lemah longlai, kusut masai

b) Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata nama sebagai penerang. Ia membawa dua maksud :
- keserupaan. Contoh : merah darah , hijau daun
- kiasan. Contoh : panjang tangan, besar kepala

Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan:
a) Di hadapan : paling degil, amat bijak
b) Di belakang : murah sekali, cepat benar
c) Secara bebas : amat cantik, cantik amat.
d) Secara berderetan : sungguh berani sekali, belum cerdik lagi

Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata keterangan selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif boleh mengalami susunan songsang. Contoh :
Rumah Ani amat besar sekali adalah Amat besar sekali rumah Ani

4) Frasa Nama + Frasa Sendi (FN+FS)

Ayat yang mempunyai pola FN+FS ialah ayat yang subjeknya frasa nama dan predikatnya pula frasa sendi. Contohnya :
Subjek (FN)
Prediket (FS)
  1. Damit
  2. Rumah saya
  3. Dia
  4. Bungkusan ini
dari Sabah
di kampong Aman
ke Kuala Lumpur
untuk kakak

Daripada contoh-contoh di atas kata Damit, rumah saya, dia dan bungkusan ini bertugas sebagai subjek (FN) manakala dari, di, ke, untuk adalah kata sendi yang bertugas sebagai predikat (FS).  Ayat 1 hingga 4 merupakan frasa nama yang terdiri daripada subjek (FN) dan predikat (FS).

Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama dan frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat biasa, frasa sendi nama menjadi predikat dalam ayat. Frasa sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara :
a) Sendi nama dan frasa nama. Contoh : di pasar
b) Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama. Contoh : di tepi pasar
c) Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen. Contoh : ke dalam hutan untuk
     menangkap rusa.
d) Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contoh : di selatan negeri
    China pada tiap-tiap bulan.


C)    AYAT SELAPIS

Ayat selapis boleh juga dipanggil ayat mudah, ayat selapis, ayat pendek dan ayat tunggal. Ayat selapis ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu predikat sahaja. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :
i)                    Ayat Setimpal (Ekuatif)
ii)                  Ayat Aktif
      Manakala ayat aktif  pula terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
iii)                Ayat Pasif

i)                    Ayat Setimpal
Ayat setimpal ialah ayat yang dibina denga subjek nama dan predikatnya boleh terdiri daripada nama, sifat, rangkai kata depan dan kopula ‘ada’ atau ‘ada’ yang diikuti dengan satu penggenap.[6]
Contoh :
-          Makanan itu kegemaran pelancong-pelancong Eropah.
-          Abang-abangnya selalu ada di kampung pada musim sekolah.
-          Wanita yang cantik itu orang kampung rupa-rupanya.

ii)                  Ayat Aktif
Ayat aktif  terbahagi kepada dua jenis iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif seperti berikut :
ii)                  (a) – Ayat Aktif Transitif
   Ayat jenis ini mengandungi kata kerja yang memerlukan penyambut dalam rangkai
   kata predikatnya seperti contoh di bawah :

Subjek
Predikat
Kata Kerja Transitif
Objek
  1. Cikgu Awang
  2. Ibu bapa
  3. Beliau
mengarang
mendidik
merasmikan
buku itu
kita
pesta buku itu

ii)                  (b) – Ayat Aktif Tak Transitif
         Ayat jenis ini ialah ayat yang predikatnya mempunyai kata kerja yang tidak
         mengambil sebarang penyambut selepasnya seperti contoh di bawah :
 Contoh :
  1. Kanak-kanak itu sedang mandi.
  2. Siew Eng pandai menari.
  3. Kakaknya suka bersolek.

iii)                Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang mempunyai kata kerja pasif dalam rangkai kata predikatnya sama ada dinyatakan oleh penyambut pelakunya ataupun tidak. Ayat pasif merupakan ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif.[7] Contoh diberikan di bawah merupakan perbandingan antara ayat aktif transitif dan ayat pasif :
Ayat Aktif Transitif
Ayat Pasif
  1. Cikgu Awang mengarang buku itu.
  2. Kami menyertai rombongan itu.
  3. Saya menyokong cadangan itu.
-          Buku itu dikarang oleh Cikgu Awang
-          Rombongan itu kami sertai.
-          Cadangan itu saya sokong.



D)    AYAT BERLAPIS ATAU AYAT MAJMUK

Ayat berlapis ialah ayat gabungan yang terbentuk dengan cara menggabungkan dua atau beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata sendi seperti atau, dan, lalu, tetapi, serta, sama ada, lalu, maka dan sebagainya. Contohnya :
Ayat Pertama
Ayat Kedua
Ayat Berlapis
  1. Ke Sarawakkah dia?
ke Sabahkah dia?
Ke Sarawak atau ke Sabahkah dia?
  1. Salmah mengelap cermin tingkap
Salmi menyapu sampah
Salmah mengelap cermin tingkap dan Salmi menyapu sampah.
  1. Gadis itu cantik
dia sombong
Gadis itu cantik tetapi dia sombong.

Ayat berlapis mempunyai dua pola iaitu :
i)                    Pola yang subjeknya sama tetapi berlainan predikatnya. Contohnya :
-          Sabrilah mengajar dan membimbing saya.
-          Budak itu kecil tetapi fasih berkata-kata.
-          Sama ada dia ada duit atau tidak, dia hendaklah menjelaskan hutangnya.

ii)                  Pola predikatnya sama tetapi subjeknya berlainan. Contohnya :
-          Menyelidik dan menghebahkannya ialah tugas seorang saintis.
-          Sama ada elaun rumah atau elaun sara hidup hendaklah dikurangkan daripada gaji pegawai-pegawai yang tinggi pendapatannya.
-          Sama ada dia atau Sudin mesti bertanggungjawab terhadap pembayaran balik kerugian ini.


KESIMPULAN

Jika kita ingin memartabatkan bahasa Melayu agar dikenali diperingkat antarabangsa maka hendaklah bermula dengan penutur-penuturnya. Penggunaan bahasa seharian hendaklah selaras dengan panduan hukum-hukum dan garis panduan tatabahasa yang betul. Jika kita terbiasa dengan pertuturan yang betul maka mudahlah kita untuk memartabatkan bahasa Melayu sehingga ke anak cucu kelak.


Bahasa Melayu bukanlah bahasa yang lemah dari struktur kosa katanya kerana bahasa Melayu ini adalah anjal dalam menerima kosa kata bahasa lain. Penjajahan Belanda dan juga Inggeris di Tanah Melayu sejak abad ke 17 bukan sahaja membawa pengaruhnya dalam bidang kebudayaan tetapi juga membawa masuk pengaruhnya dalam bidang bahasa ini. Banyak bahasa Eropah ini tercerap dalam bahasa Melayu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa moden dan antarabangsa.


Banyak istilah Sains dan Teknologi telah diterjemah dan diterima sebagai bahasa Melayu. Oleh itu bahasa Melayu merupakan bahasa yang amat sesuai dan penting dalam sistem pendidikan negara dewasa ini. Sebagaimana kata Sasterawan Negara Dato’A Samad Said “ Jangan pandang ringan isu bahasa ibunda ini, kerana ia juga isu masa depan anak muda”. Ini merupakan kebimbangan Sasterawan Negara tersebut tentang ancaman yang berlaku terhadap bahasa Kebangsaan terutamanya yang berlaku dalam sistem pendidikan negara.


Justeru sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menanamkan dalam jiwa bahawa bahasa merupakan gambaran tentang keadaan keadaan Malaysia. Apatah lagi kita sebagai orang timur terkenal dengan sifat kesantunan dan budi pekerti yang tinggi. Bahasa Melayu yang digunakan sebagai komunikasi dapat menyerlahkan lagi tanggapan tersebut dikalangan masyarakat luar negara. Setiap rakyat tidak kira kaum, bangsa, agama dan budaya hendaklah menerapkan kata bahawa ‘bahasa merupakan jiwa bangsa.

BIBLIOGRAFI

1)      Prof. Madya Dr. Yousof@ Saat Md. Yasin. 2011. MPW1113/MPW2113 Bahasa Kebangsaan A. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

2)      Asraf, Mohd. Khir Kassim, Amir Hazlin Lin. 2010. Target Pro Bahasa Malaysia PMR tingkatan 1,2,3. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.

3)      Dr. Mashudi Kader, Siti Jaharah Yop. 1994. Bahasa Malaysia Tingkatan 2 KBSM. Selangor Darul Ehsan : Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

            Dicetak 17 Jun 2012.

     



[2] ibid.
[3] Asraf, Mohd. Khir Kassim, Amir Hazlin Lin,  Target Pro Bahasa Malaysia PMR tingkatan 1,2,3, Petaling Jaya :
  Sasbadi Sdn. Bhd, 2010,hlmn. 69
[4] Prof. Madya Dr. Yousof@ Saat Md. Yasin, MPW1113/MPW2113 Bahasa Kebangsaan A, Kuala Lumpur : Open
  University Malaysia, 2011, hlmn. 105
[5] ibid.
[6] Prof. Madya Dr. Yousof@ Saat Md. Yasin, op. cit, hlmn. 109
[7] ibid, hlmn. 110