Pages

Monday, 22 July 2013

BBPP1103 Principle of Management

Asignment ini merupakan tugasan yang belum disemak, justeru banyak kesilapan yang perlu diperbaiki.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENDAHULUAN

Pengkhususan kerja yang dilakukan dalam sesebuah organisasi adalah untuk lebih menjimatkan masa kerja. Apabila aktiviti kerja adalah khusus, sebagai contoh tugas membungkus burger, pekerja mengambil masa yang singkat untuk belajar dan menjadi mahir. Jika terdapat pekerja yang telah meletak jawatan atau tidak hadir, organisasi hanya akan menghadapi penurunan kecil dalam kadar produktiviti kerana ramai pekerja lain yang boleh membuat kerja tersebut apabila menggantikan pekerja yang telah meletak jawatan atau tidak hadir dengan pekerja baru. Selain daripada itu, apabila reka bentuk kerja yang mudah, gaji yang ditawarkan juga adalah rendah. Justeru pengkhususan kerja dalam sesebuah organisasi boleh membentuk reka bentuk kerja yang tertentu.

Reka bentuk kerja dapat didefinisikan sebagai menentukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pekerja-pekerja atau sekumpulan pekerja. Ia menentukan bagaimana dan di mana kerja-kerja yang perlu dilakukan serta siapa yang melakukanya. Selain itu, reka bentuk pekerjaan juga termasuk alat-alat dan peralatan yang akan digunakan semasa menjalankan aktiviti kerja. Objektif reka bentuk kerja-kerja adalah untuk mencapai produktiviti. Kejayaan reka bentuk kerja-kerja mengambil kira kecekapan apabila menjalankan aktiviti. Dalam erti kata lain, reka bentuk kerja boleh memastikan alam sekitar yang sihat dan selamat untuk pekerja dalam jangka pendek dan panjang.

Latar belakang sejarah reka bentuk kerja dan motivasi dimulakan oleh Taylor's (1911) apabila beliau merumuskan bahawa kerja perlu spesifik, mudah dan mempunyai standard. Jadi dengan ciri ini sesuatu organisasi dapat berfungsi dengan cekap dan sebaik mungkin. Bagi Taylor's (1911), kerja yang mudah akan meningkatkan kecekapan pekerja, mengurangkan keperluan kemahiran dan meningkatkan daya kawalan pengurusan. Semua ini akan mampu meningkatkan keuntungan dalam sesebuah organisasi. Terdapat tiga reka bentuk kerja yang sering diaplikasikan oleh sebuah organisasi yang menjalankan perniagaan seperti reka bentuk pusingan kerja, pembesaran dan penggayaan.

Konsep reka bentuk kerja yang diaplikasikan dapat dirujuk daripada syarikat Perabot Mewah Sdn. Bhd. Syarikat perabot Mewah Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat sendirian Berhad yang dipelopori oleh  dua orang pemilik dan merupakan perusahaan yang diwarisi oleh keluarga. Syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat yang besar yang menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaannya di sebuah pekan. Walaupun syarikat Perabot Mewah Sdn. Bhd berada di kawasan pekan namun perniagaannya sangat mendapat tumpuan daripada penduduk sekitarnya dan demikian juga pelanggan-pelanggan yang datang dari kawasan bandar untuk membuat pembelian. Syarikat tersebut mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan-pelanggannya kerana syarikat perabot Mewah mempunyai keunikan reka bentuk perabot-perabot yang diperbuat daripada kayu jati dan jenis perabot  yang dihasilkan menggunakan rotan.  Syarikat tersebut menjalankan perniagaan perabot yang pelbagai jenis dan bentuk. Pelbagai pilihan yang boleh dipilih oleh para pengunjung kedai tersebut berdasarkan citarasa masing-masing. Mereka juga boleh membuat tempahan lebih awal jika perabot yang diingini telah kehabisan stok. Bagi memudahkan urusan pembelian pelanggan-pelanggan yang berada jauh maka pihak pengurusan syarikat telah mengadakan jualan melalui online.  Penghantaran perabot ke lokasi pelanggan tidak menjadi masalah kepada syarikat tersebut walaupun lokasi yang perlu dituju berada pada jarak yang jauh. Para pekerja yang pekerja di kedai tersebut terdiri darpada penduduk setempat dan ada juga pekerja yang datang dari jauh.

Oleh kerana kedai Perabot Mewah Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang sederhana besar maka pihak syarikat membuat pengurusan berkaitan dengan pekerjanya agar memudahkan segala urusan penjualan dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Bagi memudahkan pengurusan pekerja maka syarikat Mewah mengaplikasikan konsep reka bentuk kerja seperti reka bentuk pusingan kerja, reka bentuk pembesaran dan pengkayaan. Ciri-ciri pengamalan ketiga-tiga reka bentuk kerja tersebut dapat dihuraikan seperti berikut.


TIGA JENIS BENTUK KERJA (WORK DESIGN)


1)      Pusingan Kerja (Job Rotation)

 
Kepelbagaian bidang atau tanggungjawab yang dilakukan oleh seseorang pekerja dalam sesebuah organisasi dikenali sebagai ‘Pusingan Kerja; atau ‘ Job Rotation yang menyifatkan bahawa ia adalah sesuatu struktur kerja yang sistematik, mengubah persekitaran kerja dengan memindahkan para pekerjanya kepada bidang tanggungjawab yang berbeza-beza.

Berdasarkan rajah 1 menunjukkan pusingan kerja yang dilakukan oleh pekerja A dari syarikat Mewah Sdn. Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan barang-barang perabot. Pekerja A ditugaskan khusus berhubung dengan gudang pengeluaran perabot tersebut yang melibatkan penghantaran barang, penghantaran senarai harga barang dan invois serta kerja-kerja yang berkaitan. Pada hari Isnin pekerja A akan memunggah barang perabot dari kilang ke lokasi Kedai Perabot Mewah Sdn. Bhd. Tugasan pada hari Selasa pula menghantar senarai harga barang-barang yang ada di dalam gudang yang dijadikan stok untuk jualan. Keesokan harinya iaitu pada hari Rabu pekerja A akan menghantar invois kepada pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan atau kepada sesiapa saja yang berminat dengan barangan perabot dari syarikat Mewah Sdn. Bhd. Manakala tugasan pada hari Khamis, pekerja A akan membuat penghantaran barang kepada pelanggan yang telah membeli barangan perabot mereka. Pekerja A hanya bertugas untuk menghantar barangan sahaja dan segala urusan jual beli dilakukan di kedai dengan pekerja yang lain pula. Oleh itu segala tugasan pekerja A tidak akan di campuradukan dengan kerja-kerja jualan. Pekerja A hanya bertanggungjawab dengan kerja-kerja pemunggahan barangan termasuk memastikan mengesahkan ketepatan invois yang akan dihantar oleh pelanggan dan memastikan invois tersebut mendapat tandatangan daripada pelanggan setelah barang perabot dihantar kepada pelanggan.

Pusingan kerja kepada kakitangan yang bekerja sebagai kerani di bahagian kewangan yang mengendalikan kerja  penerimaan dan pembayaran (juruwang) dipindahkan secara pusingan (bergilir) untuk memproses bil dan invois pada minggu atau bulan yang berikutnya. Kaedah ini membolehkan kerani tersebut mempelajari kerja baru serta melatih beliau supaya cekap dan mahir di dalam tugas yang berlainan di bahagian kewangan.

            Teknik  reka bentuk Kerja Pusingan Kerja (Job Rotation) membolehkan pekerja digerakkan secara sistematik dalam organisasi., dapat beri peluang kepada pekerja mencuba pelbagai kerja yang boleh meningkatkan kemahiran mereka. Teknik juga dapat mengelakkan kebosanan dalam melakukan pekerjaan dalam suasana yang sama.

            Walaubagaimanapun terdapat juga kelemahan reka bentuk kerja pusingan kerja ini termasuklah sistem tersebut tidak banyak memberi kejayaan kepada pekerja. Hal demikian kerana pekerja akan melakukan rutin melakukan kerja-kerja tersebut tanpa ada pengalaman dan pengetahuan lain. Keadaan ini menyebabkan pekerja tidak dapat menimbah ilmu dan pengalaman yang pelbagai dalam bidang kerja yang dilakukannya. Selain itu juga sistem pusingan kerja tidak memupuk motivasi dan kepuasan kepada pekerja kerana situasi.

 2)      Sistem Pembesaran (Enlargement)




Matlamat  kedai perabot Mewah Sdn. Bhd. menjalankan sistem pembesaran skop kerja agar setiap pekerja bekerja di syarikatnya menguasai lebih daripada satu kerja dalam satu masa. Sebagai contoh pekerja yang dikhususkan kerja sebagai mengukir kayu untuk menghasilkan perabot dalam masa yang sama dapat membuat penghantaran barangan jika khidmatnya diperlukan. Sistem pembesaran yang dijalankan oleh  syarikat Mewah Sdn. Bhd. banyak membantu pekerja-pekerjanya memiliki pelbagai kemahiran dalam satu masa. 

Pada awal 1800-an, Seorang berbangsa Inggeris telah  menunjukkan bahawa sepuluh orang melakukan tugasan masing-masing, biasanya menghasilkan satu kerja selama seperempat dari pembiayaan yang dikeluarkan ketika satu tugasan  oleh satu orang yang melakukan semua tugas (Babbage, 1835). Tapi ada juga yang sangat suka melakukan tugas yang sama berulang-ulang, lapan jam sehari, lima hari seminggu dan kerja-kerja  itu membosankan dan tak bererti. Reka bentuk kerja atau Job Design memiliki strategi mencuba untuk mengurangi atau mengatasi masalah tersebut. Selepas itu maka wujudlah prinsip reka kerja yang dikenali sebagai sistem pembesaran atau enlargement.

Sistem pembesaran atau Job enlargement adalah usaha untuk membuat pekerjaan "lebih besar", atau lebih luas, dengan menambah jumlah tugas pekerjaan setiap orang. Biasanya, tugas-tugas ini berada dalam lingkungan kemampuan atau kesulitan yang sama dengan tugas asalnya. Laporan dari penelitian awal yang menjadi keberkesanan sistem reka kerja pengkayaan bermula dengan kisah kejayaan seorang klasi di terbitkan oleh Kilbridge (1960). Dalam penelitian tersebut, job enlargement dari kerja-kerja menghasilkan rakit  iaitu dari satu tugas ke tugas yang lain seperti  merakit, memeriksa, dan menguji keseluruhan kebolehgunaan rakit yang menghasilkan penghematan yang cukup besar untuk perusahaan. Kepuasan kerja yang dirasakan oleh para pekerja rakit tersebut menyebabkan mereka merasai kepuasan.

Kerja pembesaran adalah satu lagi kaedah untuk mengatasi kelemahan pengkhususan kerja. Kelebihan kerja pembesaran menambah bilangan tugas dalam sesuatu aktiviti seterusnya membolehkan pekerja dapat mencuba pelbagai bentuk pekerjaan. Sebagai contoh, sebelum ini, pekerja itu hanya diperlukan untuk mengendalikan memunggah barang dengan lori tetapi apabila skop kerja telah melebar, pekerja itu tidak lagi hanya melakukan kerja-kerja memunggah tetapi juga melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti mengukir perabot dan menagih hutang kepada pelanggan bagi urusan pelanggan yang  berhutang. Walaupun ramai pekerja mengatakan bahawa mereka tertekan kerana pembesaran kerja, beberapa orang lain merasakan bahawa pembesaran kerja memberi mereka peluang untuk membangunkan kemahiran lain.

Walaubagaimanapun kelemahan reka kerja pembesaran ini ialah banyak memberi tekanan kepada pekerja kerana kemungkinan kerja-kerja yang berlainan dari kebiasaan tugasan akan bertukar suasana kerja dan bebanan tanggungjawab. Oleh itu jika seorang pekerja tidak dapat membiasakan diri dengan perbezaan pekerjaan itu menyebabkan mereka mengalami tekanan.  Program ini juga menimbulkan masalah di mana  ada pekerja yang tidak berkeupayaan untuk  menjalankan tugas tertentu dan pekerja yang  berkeupayaan pula akan meminta tambahan gaji. Program ini berkemungkinan menyebabkan ramai  pekerja diberhentikan kerana berbagai- bagai kerja  hanya dapat dilakukan oleh segelintir pekerja sahaja. Ini  akan mewujudkan  ketegangan antara pihak majikan dan kesatuan sekerja

3)      Sistem Pengkayaan (Enrichment)


Reka bentuk kerja pengkayaan atau enrichment juga diperkenalkan di syarikat perabot Mewah Sdn. Bhd. Gambar rajah 1 seperti di atas menunjukkan bahawa pekerja A, B dan C pada mula melakukan kerja mengikut sistem pembesaran kerja iaitu dengan mempelajari pelbagai kemahiran kerja. Selepas itu dalam sistem pengkayaan kerja pula pihak syarikat Mewah Sdn. Bhd. juga memberi tunjuk ajar pekerja dengan skop kerja yang lebih luas. Sebagai contoh seorang pemandu lori yang bertugas untuk menghantar barangan perabot melakukan juga kerja-kerja membuat perabot jika khidmatnya diperlukan dan dalam masa yang sama pekerja diberikan latihan kemhairan yang lain seperti cara-cara membuat invois atau senarai penghantaran pesanan.  

Reka kerja pengkayaan atau Job Enrichment hampir sama dengan job enlargement atau pembesaran, hanya bezanya, job enlargement bertambah dari segi kuantiti, tetapi  job enrichment menambah pekerjaan dalam hal kualiti, atau kompleksitinya. Misalnya, seorang  yang biasanya menangani mesin, kemudian ditugaskan untuk menangani mesin baru yang lebih kompleks. Dalam penerapannya yang praktikal, job enrichment biasanya bererti memberikan pekerja tanggung jawab lebih dan kekuasaan dalam pengambilan keputusan yang berhubungan dengan perencanaan, penjadualan, dan mengendalikan pekerjaan mereka sendiri.

Kelebihan dalam reka kerja pengkayaan ini adalah  meminimumkan masa kerja seorang pekerja, pengiliran jadual kerja berkurangan dan peningkatan yang tinggi dalam kepuasan kerja. Sistem Pengkayaan kerja pula  melibatkan peningkatan dalam bilangan tugasan dan memberi kuasa pekerja dan pengawalan dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan kerja mereka. Ahli psikologi termasuk Frederick Herzberg menyatakan bahawa tanpa sistem pengkayaan segelintir pekerja hanya mengendalikan beberapa tugas dan ini menyebabkan mereka merasa bosan. Federick Herzberg mengkaji perlakuan manusia dan mengemukakan teori motivasi berasaskan kepada Model Penjagaan Motivasi (Motivation-Maintenance Model) .

Menurut beliau terdapat 2 set faktor yang mempengaruhi gelagat pekerja iaitu  yang pertama faktor-faktor Penjagaan (Maintenance Factors) seperti Upah dan gaji berpatutan termasuk faedah-faedah lain dari  organisasi, Keselamatan kerja, Keselesaan tempat kerja, Polisi syarikat dan pentadbiran yang adil, Hubungan interpersonal dengan ketua, rakan sekerja dan  subordinat dan  Status. Faktor penjagaan  dikenali juga sebagai faktor-faktor kesihatan (hygiene  factors) yang berhubung pengalaman kerja yang akan menghalang daripada berlakunya ketidakpuasan kerja sekiranya faktor-faktor tersebut  wujud dalam organiasi. Namun, faktor-faktor ini tidak dapat memotivasikan pekerja atau memberi kepuasan kepada mereka. Manakala yang kedua pula ialah Faktor-faktor Motivasi. Faktor-faktor yang berkaitan dengan pekerjaan yang  dapat memberi kepuasan dan seterusnya dapat   memotivasikan pekerja. Ketiadaan faktor-faktor ini akan menyebabkan timbulnya rasa ketidakpuasan kerja. Antara faktor-faktor motivasi ialah  peluang-peluang mencapai sesuatu matlamat  kerja yang mencabar, penghargaan terhadap sumbangan dan usaha, diberi tanggungjawab dan tugas kerja yang baru, peluang untuk memajukan diri dan status kerja berdasarkan prestasi kerja dan berhubung dengan kerja yang dapat member kepuasan, penonjolan diri dan mencabar

Psikologi lain seperti Herzberg, Maslow dan Alderfer percaya bahawa apa yang diperlukan oleh pekerja-pekerja daripada aktiviti kerja mereka adalah pencapaian kerja yang datang  hasil daripada melakukan kerja dengan jayanya dan pengiktirafan kejayaan yang datang dengan menggunakan kemahiran dan potensi yang mereka ada. Pengkayaan kerja cuba untuk menguruskan isu-isu rasa ketidakpuasan hati dengan menambah bebanan kerja untuk para pekerja.
             
Sistem pengkayaan kerja yang dicadangkan oleh Herzberg adalah berdasarkan dua faktor pendekatan motivasi. Pengkayaan kerja merujuk kepada membina motivasi dalam aktiviti kerja untuk menjadikannya lebih menarik dan mencabar. Ini boleh dilakukan dengan memberi pekerja sedikit kebebasan dan membolehkan mereka untuk merancang dan memeriksa, yang biasanya dilakukan oleh penyelia atau ketua mereka. Selain itu pekerja boleh diberi tanggungjawab untuk menentukan tahap kemajuan kerja mereka sendiri dan juga untuk membetulkan kesilapan mereka . Apabila kerja-kerja menjadi lebih mencabar dan tanggungjawab pekerja meningkat, maka motivasi dan minat juga akan meningkat.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa reka kerja jenis pengkayaan ini juga mempunyai kelemahan tertentu dalam pengurusan organisasi. Terdapat keadaan tertentu di mana sistem pengkayaan pekerjaan dapat menyebabkan penurunan produktiviti, terutamanya  bila pekerja tidak dilatih dengan betul. Bahkan setelah proses latihan tidak dapat  menunjukkan hasil yang cepat, dapat merugikan produktiviti pihak syarikat. Sebagai contoh seorang pemandu yang diajar dengan kemahiran membuat invois kemungkinan mengambila masa yang lama untuk memahaminya dan menghasilkan suatu invois yang baik dan teratur. Keadaan ini menyebabkan syarikat terpaksa membuang masa hanya untuk mengajar pekerja tersebut.



PENUTUP

Oleh dapat disimpulkan bahawa  peranan reka bentuk  kerja atau work design bertujuan untuk menentukan metode terbaik dalam melaksanakan operasi-operasi kerja yang diperlukan dalam proses pengeluaran. Reka bentuk kerja  ini tidaklah terhad kepada mereka yang menjalankan kerja dalam bidang-bidang tugas yang berupa am sahaja tetapi juga kepada mereka yang menjalankan kerja dalam bidang-bidang tugas yang berupa pengkhususan kerana di dalam beberapa bidang pengkhususan juga ada mempunyai beberapa aspek yang mungkin perlu diketahui dengan mendalam oleh seseorang kakitangan  reka bentuk kerja yang diaturkan mengikut jangkamasa-jangkamasa yang diperlukan untuk memahami dan menjalankan satu-satu tugas itu dengan memuaskan sangatlah berguna dari reka bentuk kerja yang terlampau cepat.  Reka bentuk kerja akan menimbulkan minat baru di kalangan kakitangan dan mencungkil kebolehan terpendam dikalangan para pekerja.

Justifikasinya syarikat Mewah Sdn Bhd mampu untuk bertahan lebih lama dan meningkatan prestasi syarikat jika beberapa aspek dan kriteria dapat diselesaikan dan dilaksanakan selancar yang boleh.  Kriteria organisasi tersebut merangkumi aspek seperti kerja berpasukan, moral dan nilai, keberkesanan organisasi, perkembangan kerjaya, latihan dan pemajuan diri, peraturan dan ganjaran yang adil, pengambilan, gaya kepimpinan dan pengurusan, budaya korporat, penyertaan, konflik peranan, matlamat yang jelas, pergantungan organisasi, komunikasi, hubungan timbal balik, persekitaran dan penyeliaan. Kriteria kerja pula meliputi aspek kepelbagaian tugas, identiti tugas, autonomi, maklumbalas, skop kerja dan tugas yang mencabar. Nilai merangkumi sikap pekerja terhadap tugas dan organisasi. Antara lain kajian terdahulu juga mendapati bahawa kepuasan kerja dikaitkan dengan kepuasan dalam tugas, penyeliaan, gaji yang diterima, hubungan rakan sekerja, dan peluang kenaikan pangkat.

Pengurusan sesebuah organisasi yang melibatkan ketiga-tiga reka bentuk kerja tersebut dapat membentuk sebuah syarikat yang berdaya maju pada masa akan datang kerana konsep pengurusan yang baik pasti akan membawa kemajuan dalam sebuah organisasi.
                       
BIBLIOGRAFI

1.      Ricky W. Griffin. 1987. Management second Edition. U.S.A : Houghton Mifflin Company.

2.      Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi et. 2011. BBPP1103 Principles of Management. Selangor Darul Ehsan.: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

3.       “Reka Bentuk Kerja “  dalam http://zaini802856.blogspot.com/2011/11/reka-bentuk-kerja.html  (10 Jun 2013)

4.      “Materi Apk : Proses Produksi Dan Produktivitas” dalam http://danilsetiawan.com/materi-apk-proses-produksi-dan-produktivitas/  (28 Mei 2013)


5.      “Teori Dua Faktor Frederick Herzberg”  dalam                                                                               http://kumpulan-teoriskripsi.blogspot.com/2011/09/frederick-herzberg-1923-2000-adalah.html
         ( 25 Jun 2013)

No comments:

Post a Comment